Terkini

Hj Hadi yang buta sejarah.

Haji Hadi tak tahu sejarah Parti Amanah Negara.Boleh kata ditubuh atas restu DAP.
Diharap Hj Hadi bacalah tulisan Dr Mujahid ini.

AMANAH MENJUNJUNG RAKYAT, BUKAN LAHIR DARI KEHENDAK SENDIRI TETAPI ATAS PERUNDINGAN RAKYAT DENGAN MASYARAKAT MADANI

AMANAH tidak lahir atas kehendak sendiri tetapi kelahirannya atas perundingan rakyat dan masyarakat madani. AMANAH tidak mahu bermula dengan langkah awal yang tempang walaupun para peragu sentiasa pesimis. Saya tidak bermaksud para peragu terdiri daripada golongan pencacai kerana pencacai tidak termasuk dalam kategori peragu, pencacai adalah pencacai. 

2.   Sememangnya dua tahun adalah ukuran yang tidak adil untuk bercakap tentang kejayaan tetapi sebagai sebuah parti politik kejayaan ditakrif secara relatif. Pertama kejayaan awal dinilai dari sudut teras yang diyakini oleh sesebuah perjuangan, contohnya AMANAH punya prinsip membela semua kaum, bangsa dan agama kerana sifat kerahmatan yang diyakininya. Ini adalah kejayaan awal dalam suasana kebangkitan perkauman sempit dan pelampau agama.

3.   Sesebuah parti di Malaysia tidak mungkin menang secara solo. Kerjasama poltik menjadi kewajiban jika parti itu mahu secara serius memimpin negara. Parti yang mendabik dada dirinya mampu menang secara solo hampir boleh di kategorikan sebagai parti picisan. Dalam konteks ini AMANAH telah berjaya menghidupkan semula Pakatan Rakyat dengan jenama baru ,'Pakatan Harapan'. Kerana itu dari awal lagi AMANAH punya visi jelas memimpin negara secara praktikal.

4.   Kejayaan seterusnya ialah  AMANAH bukan sekadar pentaqlid buta politik, tetapi ia lahir dengan roh islah dan tajdid. Parti ini terpaksa mencabar status quo yang berligar dalam kerangka politik Islam sendiri. AMANAH mendefinasikan semula hubungan Islam dan Demokrasi lalu tanpa ragu menerima dan membawa idea politik Muslim Demokrat. Implikasinya ialah segala penghujahan politik AMANAH berpijak pada orbit perlembagaan negara, proses demokrasi dan mendahulukan keutamaan negara. Konsep ini bukanlah ciptaan baru tetapi ia sebahagian daripada tradisi ijtihad dalam medan siasah yang boleh berubah-ubah.

5.   Kejayaan AMANAH juga diukur daripada kejayaannya menginstitusikan Fiqh ad-Daulah lewat konsep kewarganegaraan dan perundangan negara. AMANAH tidak terikat dengan Fiqh Daulah secara tradisional dan melaksanakanya mengikut sejarah secara totok tetapi mengambil nilai-nilai teras seperti keadilan, kesaksamaan dan kebebasan insan mengikut konteks terkini.

6.   Demikianlah kejayaan awal AMANAH yang telah menarik minat ramai pihak. Dengan kejayaan awal inilah juga AMANAH bercita-cita memimpin negara Malaysia bersama rakan- rakannya yang berkongsi harapan yang sama.

Selamat berkonvensyen di Alor Setar.

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Parit Buntar
20.10.2017

Undi PAS undi BN

Undi untuk PAS undi untuk UMNO/BN.

Tangguh Ruu355,itu fitnah.

Takkan ini pun fitnah.Kata Ketua Ulamak"kita harap dengan Pru nanti,lebih banyak kerusi kita menang barulah kita bentang.
D

RUU355 TANGGUH UNTUK TARIK UNDI CINA.

Kenyataan atau tulisan didakwa kepunyaan Ketua Ulamak PAS,Ruu355 tangguh untuk mengelakkan kehilangan undi Cina.Ruu355,bukan lagi nyawa,Ruu355 bukan lagi jika tak undi boleh tanam dijirat Cina.Ruu355 jika tangguh bukan lagi letak jaeatan MB.Ruu355 jika tangguh bukan lagi perang dengan UMNO.

Ruu355 kita simpan stor dulu.Lepas PRU 14,kita cuci debu ,kita usung lagi.

Razman yang disaman berdakwah di Mahkamah .

RAZMAN ZAKARIA yang buat fitnah ke atas DS Nizar gembira dapat berdakwah dalam mahkamah. Esok masih bersambung  kes SAMAN DS Nizar keatas Razman Zakaria  di Mahkamah Sesyen, Ipoh.Peguam Hj Asmuni Awi dan  Mohd  Fitri mewakili DS   Nizar.