Terkini

Lagi pemimpin parti agama buat fitnah.

AJK PEMUDA PAS PUSAT, Nazman Che Iberahim KAKI FITNAH ISU LEMBAH BINJAI.

Oleh: Syam Ghaz, Penduduk Kg Lembah Binjai.

Adakah saya bersalah kerana menuntut keadilan, penarikan balik warta kerajaan yang telah dibuat, penilaian semula projek ini agar mendapat pandangan penduduk?

Apakah SALAH saya kerana MEMPERTAHANKAN BUMI DAN TANAH ORANG KAMPUNG hingga saya dituduh bergini? Salinan video disertakan. Ceramah dibuat pada 19/5/2017 di Tumpat.

1. Saya PAJAK tanah orang kampung? 

Fakta: Saya SEWA tanah orang kampung, saya bersihkan ladang mereka hingga boleh bercamping dalam ladang. Ia bagi membantu memaksimumkan hasil tanah-tanah terbiar dalam kampung. Malah saya bercadang untuk menyewa dengan lebih luas tanah-tanah terbiar untuk dibangunkan sebagai projek Eco-Agro Tourism agar lebih ramai penduduk dapat hasilnya.2

Kadar SEWA (RM100-150/lot/ bulan tanah saya berikan jauh lebih tinggi dari kadar Sewa Tol Kerajaan Kelantan (RM80-200/ekar setahun).

2. Saya TERNAK KELULUT untuk diri sendiri?

Fakta: Arwah Tok Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mantan MB Kelantan yang suruh saya ternak dulu, gambar disertakan.

Rumah-rumah dalam kampung, saya bantu dan kongsi ilmu secara percuma dan berikan Lebah Kelulut secara PERCUMA bagi mereka yang ingin belajae, hasil nya saya boleh beli balik. 

Ia bagi bantu tingkatkan hasil pendapatan orang kampung. 

Setiap tahun saya buat hari terbuka ladang, beri madu percuma kepada penduduk dan orang susah. Ia Program sosio ekonomi saya yang di iktiraf Kementerian dan Jabatan Pertanian Malaysia. Lihat keratan akhbar yang saya sertakan.

Kelulut? Saya menang Anugerah di peringkat Malaysia 2014 dan dapat Anugerah Usahawantani Jaya Kelantan 2015, disampaikan sendiri oleh YB Dato Ahmad Yaakob - MB, YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi - Exco Pertanian, YB Hajah Mumtaz Nawi - Exco Wanita dan Adun Demit. Gambar disertakan.

Saya mahu bangunkan Pulau Tengah sebagai Pulau Eco-Agro Pelancongan sebagai tarikan baru di Kelantan, saya usahakan SEBELUM Kerajaan Negeri bercita2 untuk rampas kampung kami untuk dijadikan Bandar Institusi Pelancongan. 

3. Saya buat KOLAM?

Fakta: Saya tidak pernah buat kolam, tuduhan ini tidak berasas langsung. Pulau kami dikeliling sungai, saya sertakan gambar dari Udara.

4. Saya NAIK RUMAH ORANG KG DI KG PULAU TENGAH DAN KG CHEPA?

Fakta: Tuduhan yang tidak berasas sama sekali, sebaliknya pejabat saya jadi tempat berkumpul penduduk kampung dan jadi rujukan. Saya bantu mereka buat kira2 harga tanah-rumah, semakan nama-nama terlibat atau tidak, urusan dengan pejabat tanah dll.

Semua saya terima, saya bantu tanpa mengiri parti. Malah Ketua Cawangan Pas Kg Pulau pun selalu datang rujuk saya isu tanah, sebab tanah beliau antara paling banyak terlibat jika pengambil alihan ini dibuat.

Saya nasihatkan Nazman, selaku AJK Dewan Pemuda Pas Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan hentikan serangan peribadi dan FITNAH ke atas saya atau berdepan dengan SAMAN jika permohonan maaf secara terbuka di Facebooke beliau tidak dibuat dalam masa seminggu dari tarikh posting ini dibuat.

Kenapalah ZALIM sangat? Tuduh kami macam2, saya hanya mahu bela tanah penduduk kampung saya.

VIRALKAN HINGGA SAMPAI PADA BELIAU, PAS & KERAJAAN KELANTAN.

21 Mei 2017

4 Responses to "Lagi pemimpin parti agama buat fitnah."

  1. Walau bijak atau hebat setara mana pun kenalah patuh kpd kerajaan memerintah.. samada masa kerajaan bersetuju dgn perancangan kamu dan masa kerajaan tidak bersetuju.. masa tak bersetuju ini pula hendaklah kita berlapang dada.. tapi kita kena lawan dulu setakat kudrat kita yg termampu.. kini bila kerajaan tetap mahu bertindak kita redha la..

    ReplyDelete
  2. Makin merudum kredibiliti PAS akhir akhir ini. Ianya dimulai oleh mr presideng al Marangi sendiri bilamana menghantar wakil utk merisik UG.
    Ostad2 walaun pun tak beza cara berfikir walaupun mengaku hampir dgn Tuhan.
    Percaya la bahawa mereka yg mengaku dekat dengan Tuhan ni, aqal mereka kemetot. Dan salah satu cara paling ampuh utk mendapat sokongan ialah dengan ngaku beriman dan cakap2 agama, pada hal isi politiknya kosong atau lemah!
    Kesian kat walaun duk percaya bulat-bulat kpd ostad2 lemah aqal

    ReplyDelete
  3. Tu je cara nak dapat sokongan rakyat iaitu fitnah. kalau cerita kebenaran maka semua pakat sokong Pakatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya 91 mukasurat tu 'kebenaran' lah ye?

      Delete