Terkini

Parti umur 18 tahun seperti umur 60.

Keadilan parti baru berumur 18 tahun, tetapi seperti umur 60 tahun.Bertindak tanpa emosi.Meminta lantikan politik di Kelantan meletak jawatan.Apalah sangat mungkin sekitar 60 orang, berbanding  PAS di Selangor sekitar 5000 orang masih memegang jawatan kerajaan.
Paling kurang pun Keadilan simpatilah dengan penjawat itu yang mungkin mengalami "stres" kerana beban kos hidup jika kehilangan jawatan,


KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada malam ini telah membincangkan beberapa perkara berkait keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN. Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah dicapai:

1. KEADILAN menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan KEADILAN, tetapi KEADILAN menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan. Ini walaupun KEADILAN telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti. 

2. KEADILAN akan segera mengatur langkah berikut bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendokong agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

3. KEADILAN juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik KEADILAN di dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta. Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

4. Kedudukan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan KEADILAN bersama YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

16 Mei 2017

6 Responses to "Parti umur 18 tahun seperti umur 60."

  1. Rezeki ketentuan Allah..bukan hasil politik..

    ReplyDelete
  2. Rezeki ketentuan Allah..bukan hasil politik..

    ReplyDelete
  3. Betul, Tuan Langkawi Teruja. Mafhum "rezeki" memerlukan pentakrifan yang tepat.

    ReplyDelete
  4. Rezeki dari hasil politik, hasil sawit, hasil derma, hasil rompakan, hasil rasuah semuanya dari ALlah namun atas usaha seseorang dengan perkenan yang maha esa bukannya jatuh dari langit..

    ReplyDelete
  5. Baru 18 tahun dah pandai rekacipta 91 mukasurat dan buat disney.. harap2 tidak bertambah jahanam bila lepas 20 tahun.. belum ckp pasal 60 tahun lagi tu..

    ReplyDelete