Terkini

Sayang YB buat fitnah, bukan nak lawan UMNO dah!

Sayang jika ada pemimpin perlembagaan partinya menjadi alquran dan sunnah, membawacerita fitnah.


KENYATAAN KETUA AMANAH TUMPAT TERHADAP FITNAH OLEH ADUN WAKAF BHARU.

1. Merujuk kepada ucapan YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi, Adun PAS Wakaf Bharu Merangkap Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan. Amanah Tumpat dengan ini Menafikan ada memberi imbuhan kewangan kepada mana-mana individu yang menganggotai Amanah. 

2. Adalah menjadi harapan Amanah Tumpat untuk membantu ahli-ahli Amanah dan juga mereka yang memerlukan khasnya di Tumpat dari segi kewangan dan sebagainya.

3. Dengan kekangan kewangan yang ada Amanah Tumpat terus berikhtiar untuk membantu meringankan beban ahli-ahli mahupun bukan ahli Amanah melalui Skuad Peduli Rakyat Tumpat. 

4. Walau bagaimana pun Amanah Tumpat tidak berhasrat untuk meminta permohonan maaf dr YB Dato Che Lah, YB Dato telah pun kami maafkan. 

5. Sebaliknya Amanah Tumpat melihat impak yang lebih besar apabila seseorang pimpinan tertinggi bagi sebuah parti yang menjadikan al-quran dan sunnah sebagai perlembagaan parti dan sering menamakan parti beliau sebagai pejuang Islam yang tunggal tetapi masih menyebarkan fitnah.

6. Sikap sebegini akan memberi impak negatif kepada islam secara amnya.

7. Amanah sebagai sebuah parti Islam menitikberatkan akhlak Islam dan mengharapkan kesucian Islam terus dijaga.

8. Bagi pihak Amanah tumpat kami ingin menasihatkan jangan reka cerita fitnah dan jelas diada adakan sebab Allah Maha Mengetahui segalanya.
Takut lah kepada azab Allah

Wan Johari bin Wan Omar 
Ketua
Amanah Tumpat

2 Responses to "Sayang YB buat fitnah, bukan nak lawan UMNO dah!"

  1. Bukankah pemimpin2 dan ostad2 parti Islam suci dan mereka tidak pandai pun membuat, apalagi menyebarkan, fitnah kpd sapa2 pun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu pok amid littor.. mereka mana pandai buat fitnah rm90 juta kpd sapa2 pun atau lebih tepat kpd pimpinan parti mana2 pun!

      Delete